Tuesday, August 17, 2010

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 (LANTIKAN SAMBILAN) DI PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 lantikan sambilan yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :

1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Tarikh:
1. 17 Ogos 2010 / Selasa
2. 18 Ogos 2010 / Rabu

Waktu Temuduga:
Sesi I
Pagi : 9.30 hingga 11.30 pagi
Sesi II (Kecuali Jumaat)
Petang : 2.30 hingga 4.30 petang
Sesi II (Jumaat sahaja)
Petang : 2.45 hingga 4.45 petang

Tempat Temuduga:
Bilik Mesyuarat BKP,
Tingkat 11,Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur

(i) Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
(ii) Taraf Lantikan : Sambilan
(iii) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) warganegara Malaysia:
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
c) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
d) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
e) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
e) Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pengurusan, Perakaunan dan Teknologi Maklumat serta kepujian dalam Matematik di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(iv) Gaji Sehari : RM52.37 (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas)

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan
yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON
i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PTPTN-PSM-01/1-2005 Pin. 1 yang boleh didapati secara percuma dari :

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Bahagian Khidmat Pengurusan
Tingkat 11, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 KUALA LUMPUR

ii. Borang permohonan juga boleh didapati melalui laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my.

iii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Akademik serta dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan sijil dan dokumen hendaklah disahkan.

1 comment:

  1. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    BORROWERS APPLICATION DETAILS


    1. Name Of Applicant in Full:……..
    2. Telephone Numbers:……….
    3. Address and Location:…….
    4. Amount in request………..
    5. Repayment Period:………..
    6. Purpose Of Loan………….
    7. country…………………
    8. phone…………………..
    9. occupation………………
    10.age/sex…………………
    11.Monthly Income…………..
    12.Email……………..

    Regards.
    Managements
    Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

    ReplyDelete