Monday, August 30, 2010

Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia


Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di perkhidmatan Lembaga Lada Malaysia di Pejabat Wilayah Johor Bharu seperti berikut:
1. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI (E27)


SYARAT LANTIKAN:

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
(iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki diploma-diploma dalam bidang sains pertanian, agronomi, tumbuhan dan kejuruteraan pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan ;

Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pertanian, perladangan, pengembangan dan pelaksanaan program pembangunan setempat dan bertindak sebagai penyelia dalam pemantauan projek pembangunan dan;


Pemohon hendaklah sanggup bekerja lebih masa, di luar waktu pejabat dan di luar stesyen apabila diperlukan dan boleh bekerja dalam keadaan yang mencabar.



2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)(N17)


SYARAT LANTIKAN:

(i) Lulus penuh Sijil Pelajaran Malaysia mengikut sistem terbuka dengan mendapat kepujian tiga subjek termasuk Bahasa Malaysia dan lulus tiga subjek lain atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
(ii) Kepujian Bahasa Malaysia pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Keutamaan diberikan kepada calon-calon memiliki sijil menaip, mahir dalam mengendalikan MS Access, Excel, Powerpoint,Word dan berkebolehan berkomunikasi dengan orang ramai)


3. PEKERJA AWAM KHAS (R3)


SYARAT LANTIKAN:

(i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;DAN
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini (Gaji permulaan ialah pada Gred R3 : P1T2);DAN
(iii) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam dalam bidang berkaitan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pekerja Rendah Awam Khas Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) berkebolehan menjalankan bidang kerja seperti di perkara (ii) di atas;dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


4. PEMANDU KENDERAAN (R3)


SYARAT LANTIKAN:

(i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii) memiliki Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan ialah pada Gred R3:

Lesen D P1T3
Lesen E/E1/E2 P1T4
Lesen F/H P1T5
Lesen G/I P1T6 DAN
(iv) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) mempunyai kelayakan di perkara (ii), (ii) dan (iii) di atas; dan
(b) berumur kurang 54 tahun pada tarikh lantikan.
(Keutamaan diberikan kepada Memiliki lesen pemandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I, Lesen Perkhidmatan Awam (PSV)/pengangkutan barang-barang (GDL) berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P);
-Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor;
-Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;
-Keutamaan diberikan kepada calon-calon berumur kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup permohonan, mempunyai tempoh pengalaman memandu bas, boleh memandu jentera angkut (forklift) dan lori, sihat tubuh badan, penglihatan yang baik, tidak rabun warna, boleh bekerja pada luar waktu pejabat dan di luar stesyen apabila diperlukan)


CARA MEMOHON:

a) Borang permohonan MPB 2 (Pin. 1/2008), syarat-syarat memohon dan maklumat lanjut berkaitan mana-mana jawatan tersebut boleh diperolehi di laman web www.mpb.gov.my atau pemohon boleh datang ke Pejabat Wilayah Johor Bahru, No.666, Jalan Idaman 3/4 Senai Industrial Park, Tmn. Desa Idaman 81400, Senai, Johor Darul Takzim. Borang permohonan jawatan juga boleh dihantar terus ke e-mel anda melalui SMS. Taip MPB BRGJWTN dan hantar ke 15888.Contoh: MPB BRGJWTN BXYZ@yahoo.com
dan hantar ke 15888

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN


b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama dan gred jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. Pemohon yang mengemukakan permohonan yang tidak mematuhi arahan atau permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.


c) Sesi temuduga untuk semua jawatan di atas akan diadakan di Pejabat Wilayah Johor Bahru. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada ;


Ketua Pengarah

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama
Peti Surat 1653
93916 Kuching, Sarawak
(U/P : Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh Tutup Permohonan : 13 September 2010

1 comment:

  1. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    BORROWERS APPLICATION DETAILS


    1. Name Of Applicant in Full:……..
    2. Telephone Numbers:……….
    3. Address and Location:…….
    4. Amount in request………..
    5. Repayment Period:………..
    6. Purpose Of Loan………….
    7. country…………………
    8. phone…………………..
    9. occupation………………
    10.age/sex…………………
    11.Monthly Income…………..
    12.Email……………..

    Regards.
    Managements
    Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

    ReplyDelete